Pasti ramai yang tidak percaya dan menduga bila mendengar khabar berita seorang aktress wanita yang terkenal dengan kontroversi dan gelagat gediknya yang boleh ditonton di keeknya ini bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang. Itu lah jodoh namanya.
Beberapa bulan lepas, kecoh di laman sosial bercerita mengenai gosip Sharifah Sakinah sudah mempunyai kekasih baru yang berkerja sebagai pilot. Namun, pada ketika itu khabar berita tersebut masih belum dapat dipastikan memandangkan tuan punya badan terus berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan kepada media.
Memetik laporan Berita Harian bertarikh 3 Oktober, Sharifah Sakinah mengesahkan bahawa beliau akan bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Aliff Adha pada 25 Oktober tahun ini dan merancang untuk bernikah pada bulan Mac tahun depan.
Menurut Sakinah dalam satu kenyataannya kepada media, percintaan mereka yang sudah terjalin hampir setahun itu mendapat restu dari ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Sakinah turut menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang 'selamba', tidak banyak bunyi dan tidak ambil 'port' langsung mengenai dunia hiburan.
Sejak berita Sharifah Sakinah bakal menamatkan zaman bujangnya menjadi perhatian media dan blog hiburan tempatan, banyak pihak mempersoalkan kesediaan Sharifah Sakinah bergelar isteri dan menjaga nama baik suami berikutan sikapnya yang banyak terpapar di media soisal hingga menjadi cemuhan orang ramai.
Apapun sama2 kita doakan untuk kebahagiaan Sharifah dan pasangannya..:)

0 Response to "Kemampuan Sharifah Sakinah Bergelar Isteri Dipertikai"
Catat Ulasan