Solat Sunat Dhuha bertujuan sebagai menunjukkan rasa terima kasih seseorang
hamba kepada Allah SWT atas segala keberkahan hidup yang diberikan-Nya.Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan
umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga
hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Rakaat: 2,4,6 hingga 12
Waktu: 10 pagi atau 7pagi-1petang sebelum waktu zohor.
Solat sunat dhuha ini afdal ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Mawawi.
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar & Niat dalam hati
+"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
+Baca Alfatihah hingga akhir
+Baca surah, pendek pun takpa. ( paling elok surah As-Syams)
2. Rakaat Kedua
+Baca Alfatihah
+Baca surah, pendek pun takpa (paling afdal surah Adduha)
+Tahiyyat akhir dan beri salam
3.Doa
+Mohon Allah murahkan rezeki dan berkati kerja kita
+Doa apa sahaja..mengadulah pada allah
Telaga Biru Fan Club's
terima kasih untuk perkongsian ini ^^ sangat bermanfaat
BalasPadamInsyaallah... sempat lagi ni...
BalasPadam