Lazada Malaysia

Bercekak Pinggang Hukumnya Makruh

hukum bercekak pinggang- makruh
Bismillahirrahmanirrahiim ..
Apa itu bercekak pinggang? Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu apa itu bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah di mana kita letakkan tangan kita di pinggang. Mungkin ramai daripada kita tidak tahu apa hukuman bercekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak menyangka yang bercekak pinggang ini makruh hukumnya.

Jujurnya penulis sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini. Penulis asal artikel ini berkongsi informasi tentang hukum bercekak pinggang ini yang dia dapat dari mendengar ceramah dari Ustaz favoritenya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.

Rasulullah melarang kita bercekak pinggang ketika di dalam solat. Hal ini kerana yang pertama bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika diturunkan ke dunia.



Kenapa Bercekak Pinggang Makruh?
Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu bersiul dan juga bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah makruh kerana itu adalah perbuatan iblis laknatullah. Bercekak pinggang ni bagi kita biasalah, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je bergaduh. Tak sah kalau bercekak pinggang ketika sedang marah mahupun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, ha confirm la tu tengah marah.
Yang kedua bercekak pinggang itu juga adalah cara Yahudi. Nabi kata orang Yahudi ni kegemarannya ialah bercekak pinggang, dan yang ketiga Nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong, dan yang keempat ialah cara-cara ahli neraka duduk didalam neraka, hal ini kerana ahli-ahli neraka mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang, sebab itulah Nabi larang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga Nabi larang walaupun saja-saja kita bercekak pinggang ketika berjalan atau bergambar. Wallahu'alam ...

Sumber dari Facebook

0 Response to "Bercekak Pinggang Hukumnya Makruh"

Catat Ulasan

Artikel Pilihan Pembaca

Lazada Malaysia