Lazada Malaysia

Polis Pertama Bertudung Di Amerika

KADRA MOHAMAD POLIS

Sejak beberapa hari kita sering disajikan dengan berita tentang kehilangan kapal terbang MH370, namun berita ini menarik minat FG untuk berkongsi dengan anda. Adakah ini membuktikan agama islam telah diterima baik di negara uncle Sam? Artikel dipetik dari Berita Harian

St Paul: Seorang wanita Islam dari negeri Utara Minnesota di Amerika Syarikat mencatat sejarah apabila menjadi pegawai polis pertama di St Paul yang memakai tudung, lapor rangkaian berita tempatan Minnesota, CBS. 

Polis St Paul menerima wanita pertama Somalia itu di jabatan terbabit pada Sabtu lalu. 

Kadra Mohamed kelahiran Kenya adalah berkelulusan Sekolah Tinggi Pusat pada 2010. 

Beliau melanjutkan pengajian di Universiti St Cloud dalam ijazah keadilan jenayah pada Mei tetapi dianugerahkan lencana minggu lalu. 

“Saya di sini hari ini kerana saya mempunyai cita-cita yang sudah ditetapkan dalam minda dan bekerja keras untuk cuba memenuhi impian saya itu. Saya mahu anda semua terus melakukan kerja yang baik,” kata Kadra Mohamed. 

Setakat ini belum ada jabatan lain di Minnesota yang mengambil wanita Somalia untuk bekerja dengan mereka. 

St Paul adalah satu-satunya bandar raya di negara itu yang membenarkan pemakaian tudung di tempat kerja. 

Jadi wanita contoh 

Ketua polis Tom Smith berkata, jabatannya berharap Kadra Mohamed akan menjadi model contoh.
 

1 Response to "Polis Pertama Bertudung Di Amerika"

Artikel Pilihan Pembaca

Lazada Malaysia