Lazada Malaysia

Demam Itu Adalah Sebahagian Daripada Api Neraka

Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. 
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

Semestinya ada.betulnya kan wahai sahabat-sahabat sekalian? Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.

doa utk demam panas

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM? 

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. 
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur- 

3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”. 

sumber

0 Response to "Demam Itu Adalah Sebahagian Daripada Api Neraka"

Catat Ulasan

Artikel Pilihan Pembaca

Lazada Malaysia